Selasa, 15 November 2011

Carian Yang Merbahaya

Carian ataupun Search yang merbahaya terjadi apabila enjin carian Google menyenaraikan hasil carian pengguna yang dipaut terus ke laman web penceroboh ataupun yang mengandungi malware dan virus.
Ia lazimnya melibatkan beberapa kata kunci atau keyword dan antara kata kunci yang perlu dielakkan apabila anda membuat carian seperti Victoria Secret ( boleh menyebabkan jangkitan Trojan Fake Codec ), Blue Book ( menyebabkan jangkitan Mdac Exploit ), Arches national Park (serangan WebAttacker 2 atau Mpack) dan banyak lagi.

Oleh itu, elakkanlah dari membuat cari-carian yang boleh membahayakan komputer anda atau lebih parah lagi kecurian maklumat diri anda.