Selasa, 15 November 2011

Gambar Kereta Api Langgar Lori Tangki Minyak Di Sabah


Gambar-gambar kejadian kebakaran yang melibatkan kereta api dan lori tangki minyak




60,000 Pelajar Di Malaysia Ketagih FB

Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).

Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
Selain itu, golongan ini dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.
Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe.

Melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB. Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.



20 Bulan Buang Tatu Pada Tubuh

Seorang bekas gengster skinhead di AS, Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke kakinya.


Perubahan muka Byron Widner yang menjalani proses rawatan membuat tatu pada muka dan lehernya.

Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: "Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula".

Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin pada 2006.

Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.

Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab Sosial Vinlanders.

Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar batas undang-undang.

Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan.

Read more: http://manmala.blogspot.com/2011/10/20-bulan-buang-tatu-pada-tubuh.html#ixzz1dppYiyaR

Carian Yang Merbahaya

Carian ataupun Search yang merbahaya terjadi apabila enjin carian Google menyenaraikan hasil carian pengguna yang dipaut terus ke laman web penceroboh ataupun yang mengandungi malware dan virus.
Ia lazimnya melibatkan beberapa kata kunci atau keyword dan antara kata kunci yang perlu dielakkan apabila anda membuat carian seperti Victoria Secret ( boleh menyebabkan jangkitan Trojan Fake Codec ), Blue Book ( menyebabkan jangkitan Mdac Exploit ), Arches national Park (serangan WebAttacker 2 atau Mpack) dan banyak lagi.

Oleh itu, elakkanlah dari membuat cari-carian yang boleh membahayakan komputer anda atau lebih parah lagi kecurian maklumat diri anda.

Isnin, 14 November 2011

Adakah mereka kelihatan sama?


Berapa banyak pemandu dan kenderaan mereka mempunyai perkara yang sama? Jurugambar Alexander Babic merentasi beribu-ribu batu dengan kereta di Australia dan Afrika Selatan untuk mencari dan mewujudkan hasil karya "Roadshow" ini. Layan...












Adakah mereka kelihatan sama?


Berapa banyak pemandu dan kenderaan mereka mempunyai perkara yang sama? Jurugambar Alexander Babic merentasi beribu-ribu batu dengan kereta di Australia dan Afrika Selatan untuk mencari dan mewujudkan hasil karya "Roadshow" ini. Layan...












5 Manusia yang Paling Dibenci Dalam Sejarah!


Berikut merupakan antara manusia yang paling dibenci sepanjang. Kebanyakan sebab mereka ini dibenci adalah kaitan dengan jenayah perang. Layan...


Saloth Sar a.k.a Pol Pot dan Khmer Merah parti politiknya yang memerintah Kemboja selama empat tahun (1975-1979), tetapi orang-orang Kemboja tidak memiliki kenangan yang baik dari pemerintahannya, mereka mengingati Pol Pot sebagai penguasa yang sadis dan kejam. selama pemerintahannya sekitar 2 juta rakyat Kamboja mati dalam kelaparan, penafian politik, kerja paksa dll. Kekuasaan Pol pot berakhir setelah campur tangan oleh negara jiran, Vietnam pada tahun 1979, pembunuhan massal selama pemerintahan Pol pot itu yang biasanya disebut sebagai Genosida Kamboja.

Adolf Hitler (20 April 1889) adalah diktator Jerman yang terkenal, dianggap bertanggung jawab terhadap Holocaust; Adolf Hitler memerintah Jerman 1934-1945 sebagai penguasa mutlak. Adolf Hitler menjadi presiden Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman pada tahun 1932. Antara 1939 dan 1945, kekuasaan Hitler telah mengorbankan lebih dari 14 juta orang, termasuk enam juta orang Yahudi, orang-orang tewas di kem-kem penyiksaan, ghetto dan eksekusi massal, selain cara yang disebutkan di atas, banyak orang mati kelaparan dan penyakit; Kekuasaan Hitler berakhir tepat setelah perang Jerman melawan Rusia pada Jun 1941, ketika pasukannya kalah perang dari Rusia; Hitler meninggal pada 30 April, 1945 setelah melakukan bunuh diri.


George W Bush (lahir 6 Julai 1946) dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat 2001-2008, George Bush adalah salah satu presiden Amerika paling kontroversi dan dibenci, ia terpilih sebagai Presiden dalam pilihanraya yang sangat kontroversi pada tahun 2001 dan dia juga bertanggungjawab memulai perang terhadap pengganas yang terkenal pada tahun 2001.

Menurut para ilmuan, dunia dan khususnya dunia Islam membenci Bush, kerana campur tangan terhadap negara-negara asing. Dunia sedang menghadapi kekacauan dan kehancuran; Menurut survei, rakyat Amerika juga tidak begitu senang dengan dia, hal ini karena pengeluaran tentera yang banyak dan pembaziran dana dalam perang melawan pengganas, sampai ketika ini Amerika Syarikat telah menghabiskan $ 704 000 000 000 hanya di Iraq, selain itu, lebih dari 5000 tentera dan ribuan rakyat awam mati dalam perang yang tidak popular.

Ariel Sharon (lahir 1928) memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-11 Israel dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, ia juga dilantik sebagai Jeneral di Angkatan Darat Israel dari tahun 1940-an sampai awal 1970-an, dia menyertai dalam Perang Kemerdekaan 1948, 1956 Suez War, Perang 6 Hari tahun 1967, dan Perang Yom Kippur-1973. Setelah pencen dari tentara, Sharon bergabung dengan Parti Likud sayap kanan, dia sangat menyokong pembangunan daerah Israel agar dibenarkan di tebing Barat dan Jalur Gaza pada tahun 1970, 1980 dan 1990-an.

Pada tahun 1983, sebuah surhanjaya dibentuk oleh Pemerintah Israel untuk menyelidiki insiden berkait dengan perang Lebanon 1982, yang akhirnya bahawa Ariel Sharon secara tidak langsung bertanggung jawab atas pembunuhan rakyat awam di Sabra dan Shatila, ketika ia menteri pertahanan Israel.

Pada tahun 1924, setelah kematian Lenin, Joseph Stalin menjadi pemimpin Soviet Union, dianggarkan lebih dari 60 juta orang meninggal di bawah pemerintahan diktator ini, ia juga dianggap bertanggung jawab atas kelaparan Soviet 1932-1933.

Menurut catatan rasmi Rusia, Stalin mengupah sekitar 800 000 orang untuk kejahatan politik dan jenayah.

Selama tahun 1932-1933, akibat projek pertanian Stalin gagal, Rusia dan terutama Ukrain menghadapi salah satu kelaparan terburuk dalam sejarah Soviet, diyakini bahwa 6 hingga 8 juta orang meninggal dalam bencana kelaparan ini, di Ukrain kelaparan ini dikenali sebagai Holodomor.

Satu Pendedahan Esklusif!: Tempat yang Dirahsiakan Google Earth


Sebenarnya banyak tempat di dunia ini tidak boleh untuk dilihat melalui Google Earth ataupun Google Maps. Hal ini ada kaitan dengan berbagai alasan, samaada untuk tujuan keselamatan, privasi ataupun politik. Berikut antara tempat yang tidak dapat dilihat dengan menggunakan kemudahan Google tersebut. Layan...


White House - Gambar digital dari White House yang lain telah dipadam, hal ini dilakukan untuk menyembunyikan kemudahan keselamatan udara dan aset keselamatan lain yang digunakan untuk menjaga tempat ini.

Soesterberg Air Base. Belanda - Ini merupakan kem dari angkatan udara Belanda, yang juga pernah digunakan sebagai kem jet tempur F-15 angkatan udara Amerika ketika Perang Dingin. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai kem ini.

Reims Air Base, Perancis - Tempat ini satu-satunya bangunan di kawasan Reims Air Base yang dikaburkan.

Nato C3 Agency, Brussel, Belgia - C3 Agency merupakan tulang belakang NATO dalam hal-hal ilmiah dan yang berkaitan dengan C4ISR (Consultation, Command, Control, Communications, Intelligence, Surveillance, and Reconnaissance).

Huis Ten Bosch Palace, The Hague - Tempat ini merupakan satu dari empat kediaman utama keluarga kerajaan Belanda, yang berlokasi di The Hague, Belanda. Ratu Beatrix tinggal di tempat ini sejak tahun 1981.

Iran - Tahun 2007 lalu, seorang pengusaha Iran mencuba untuk memuat turun Google Earth, tetapi mesej terpapar: “Terima kasih atas perhatian Anda, tetapi produk yang Anda cuba muat turun tidak tersedia bagi negara Anda”. Hal ini lebih merupakan kepada motif politik.

The Boring’s Family Home, Franklin Park Pensylvania - Aaron dan Christine Boring mendakwa bahwa Google Maps dengan ciri-ciri Street View telah melanggar privasi mereka. Keluarga Boring mengatakan gambar dari rumah mereka mesti dihilangkan dan sepanjang jalan rumah mereka diberikan label “Private Road”.

Gambar 80-GIGAPIKSEL yang Mengagumkan!


Jeffrey Martin seorang photografer professional mengambil gambar selama tiga hari dari puncak bangunan Centre Point, London yang mempunyai ketinggian 36 tingkat . Gambar itu memerlukan masa yang lama untuk ditangkap kerana pada ia terdiri daripada 7886 gambar resolusi tinggi, yang telah digabungkan secara digital bersama-sama.

Rekod dunia sebelum ini adalah termasuk gambar bandaraya Paris (26-Gigapiksel), bandar Budapest (70-Gigapiksel), Bandar Dresden (26-Gigapiksel). Rekod Jeffrey Martin sendiri sebelum ini adalah gambar Prague beliau iaitu sebanyak 18-Gigapiksel iaitu pada tahun 2009.

Bagaimanapun, gambar London Jeffrey Martin ini memecahkan rekod dunia dengan 80-Gigapiksel. Menakjubkan! Sehinggakan kita dapat melihat jam sejauh bangunan Big Ben. fuhhh...layan....

ataupun melihat pekerja yang tengah buzy bekerja



mahupun mengendap dua orang tua tengah layan kopi


lagi gambar....






Wak!: fuhhhhh amacam? Bagi tidak menghampakan semua, Wak! sedia link untuk melihat sendiri gambar sebenar - gambar 80 Gigapiksel tersebut disini :: London 80-Gp